Wednesday, March 24, 2010

SEJARAH BRIYANI

Baru-baru ini saya telah menyertai satu trip ke kenduri kahwin saudara sebelah mentua di Batu Pahat.Kalau ikut perkiraan saya, perjalanan itu hanyalah bertujuan menjengah saudara jauh, namun saya telah mendapat satu pengalaman yang jauh lebih berharga. Bapa mentua saya telah memperkenalkan saya dengan beberapa sahabat 'seperguruan' beliau. Rupa-rupanya mereka semua 'expert' dalam memasak briyani gam yang terkenal di Batu Pahat.Peluang begini bukan selalu datang, jadi saya ambil peluang untuk mendapatkan penjelasan tentang sejarah Briyani di Batu pahat.Alangkah terkejut saya apabila saya mendapat tahu bahawa pelopor asal briyani di sini adalah moyang kepada bapa mentua.Beliau merupakan orang yang disegani di sekitar kawasan ini dan antara orang yang dikenali di Istana Johor. Segala rempah ori hanya boleh di dapati di Batu Pahat.Saya juga diberi peluang untuk joint geng expert ni memasak .Alangkah bahagianya la hari tu. Sempat jugak saya menanyakan rahsia masakan dan ada dua tiga perkara baru yang dapat saya belajar.Alhamdulillah.

No comments: